pada hari sabtu yg lepas, aku sempat menghadiri satu ceramah yg dianjurkan oleh exco modal insan fakulti perubatan.. maklumlah. ilmu agama di dada begitu cetek..
ceramah tersebut mempunyai 2 slot.. slot pertama disampaikan oleh Ustaz Taqiyyudin dari CiTU. beliau mengupas tentang muhasabah iman dan tanda2 hati yg mati.
dalam ceramah itu, beliau ada mengatakan konsep manusia yg mempunyai hala tuju dlm hidup..iaitu:
1) mu'ahadah- ikrar atau perjanjian hamba dengan Allah sejak di alam roh lagi
2) muraqabah- berasa dirinya begitu dekat dengan Allah dan merasakan Allah sentiasa mengawasinya.
hal ini akan mendorong seseorang itu untuk melakukan amar makruf nahi mungkar
3) muhasabah- manusia yg mengenal dan menilai diri dalam hubungannya dengan Allah
4) mu'aqabah- menghukum diri apabila sedar kesalahan yg dilakukan serta meningkatkan amalan
5) mujahadah- bersungguh-sungguh mencapai matlamat kehidupan berlandaskan syariat
selain itu, terdapat beberapa halangan dalam kehidupan yg harus kita tangani:
- mukmin yg mempunyai sifat hasad dengki
-munafik yg benci akan kebaikan
-orang kafir yg ingin memerangi
-syaitan yg menyesatkan
-nafsu yg merangsang kejahatan
ustaz juga ada menyebut tentang bahagian2 hati menurut Imam Termizi r.a:
- hati yg hidup= hati yg penuh keimanan
- hati yg mati= hati yg kufut kepada Allah serta nikmatNya
- hati yg sihat= seronok dalam mengerjakan kebaikan serta taat pada Allah
- hati yg sakit= hati yg tidak luput drp maksiat dan derhaka
- hati yg bagus= hati yg selalu ingat Allah
- hati yg tidur= hati yg selalu lalai drp mengingati Allah
sebagai manusia, nilailah di mana ''level'' hati kita.. tugas kita ialah menjadi hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi ini.jadilah hamba Allah yg sentiasa melaksanak amar makruf nahi mungkar.. sebagai khalifah kita berkewajipan memakmurkan alam ini berlandaskan syariat agar halawatul iman ( kemanisan iman) dapat dirasai..
.............................................................................
slot kedua disampaikan oleh ustaz Juraili dari UIAM..ceramah itu bertajuk ''peranan pemuda dalam islam''
hadis nabi:
''Allah SWT akan berasa kagum akan pemuda/pemudi yg tiada padanya perkara-perkar keji dan
mungkar''
'' satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak ialah
golongan pemuda yg hidupnya beribadah kepada Allah''
''ingatlah hidup sebelum mati
sihat sebelum sakit
masa lapang sebelum sempit
masa muda sebelum tua
kaya sebelum miskin''
pentingnya golongan pemuda.. golongan ini menjadi tunggak kekuatan tamadun dan perjuangan islam sejak dahulu lagi. diceritakan mengenai pertemuan Rasulullah SAW di rumah Arqam Bin Abu al Arqam yg majoritinya adalah golongan pemuda..
apa lebihnya golongan ini??
- akal
- jasad/kudrat/kekuatan
-semangat
menurut imam Hasan Al Banaa pula pemuda disinonimkan dengan kekuatan iman, keyakinan tinggi dan keazaman''.
persiapan dakwah oleh pemuda dalam menyebarkan islam???
1) keilmuan
- untuk berdakwah, ilmu itu penting dan harus dipelajari. ilmu itu adalah cahaya daripada Allah yg dicampakkn ke dalam hati orang2 yg dikehendakiNya.
2) persiapan dakwah
- memahami tuntutan syahadah serta ikhlas dalam melaksanakannya
-megetahui matlamat manusia diciptakan iaitu menjadi hamba Allah, berdakwah dan sebagai khalifah
- mempunyai gambaran jelas tentang kerosakan umat islam kini
- berusaha mendapatkan pertolongan daripada Allah
- mengikut jejak langkah pemuda islam terdahulu
- megetahui kelebihan dakwah dan pendakwah
-megetahui cara terbaik untuk berdakwah
-mendalami aqidah, qada' dan qadar
No comments:
Post a Comment