bismillah...
---kerana hati ini amat rindu pada tarbiyyah--
petikan daripada novel Tautan Hati hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha yang berjaya membuat hati ini tertusuk..bait kata kata daripada akhowat thanawi yang membawa imej Islam sebenar :
'' Bismillahirrohmanirrahim. Saya lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca, berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah, tidak tertutup. Err, saya nak tanya pelajar lelaki, kalau antum nak beli jam, jam mana yang antum akan pilih?'' suara lantang Asiah Yusra membuktikan kekentalannya, seorang mujahidah.
'' Err, jam yang tak ditutup tu, saya tak berkenan. Tentu banyak debu yang melekat. Lagipun, saya tak suka jam yang dibelek belek orang, hilang serinya. Saya juga tak suka jam yang menjadi tontonan orang, hilang keunikannya. Harganya pun murah, tak ada class. Taknak lah saya. Of coursela saya pilih jam yang tertutup dengan kain baldu. Walaupun saya boleh agak harganya mahal tapi saya tak kisah. Bagi saya, biar alah membeli asalkan menang memakai . Yang mahal ni selalunya berkualiti, ditutup, dibungkus, dijaga rapi bukan hanya dilambak dalam rak di pasaran.'' jawab Fatah, pelajar aliran Sains.
'' Alhamdulillah... itulah mesej yang saya cuba sampaikan. Jawapan anta adalah jawapan saya untuk penampilan saya ini. Saya berusaha memilih pakaian yang menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan saya. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi,'' jelas Asiah Yusra.
.....................................................
'' Saya pilih pokok kelapa.'' Kak Na mengangkat lukisannya. Kelihatan terlukis sebatang pokok kelapa dan beberapa biji buahnya gugur ke tanah.
'' Saya ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Batangnya boleh dijadikan jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberi kelzatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan. Santannya pelengkap masakan. Tempurungnya menemani keriangan kanak kanak bermain tapak gajah. Selain itu, pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat saya. Apabila saya melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf.''
'' Pokok kelapa boleh bagi tazkirah?'' celah Zaid.
'' Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal itu mengingatkan saya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan kita. Bila bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda Allah berhak menjemput kita. Saya sangat takut jika Allah memanggil saya dalam keadaan masih banyak dosa yang belum dikikis. Pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Saya juga perlu membuang faktor faktor yang boleh menyebabkan hati saya mati dalam diri ini. Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, saya rasa tiada masa nak banyak ketawa. Saya takut ketika Allah menarik nyawa, saya tiada masa untuk mengucap dan mengingatiNya. Saya sedar kalau banyak ketawa hati mudah lalai dan alpa.'' jelas Kak Na.
.............................................................
Tiba giliran Elya Khadeeja menunjukkan lukisannya. '' Pohon semalu. Pantang disentuh, menunduk sopan. Tapi durinya tetap tajam berceracakan.''
'' Tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah nak main bola. Biasanya ia tumbuh di atas padang.'' Zaid cuba mengenakan.
'' Cuba kita bawa minda kita sejenak ke padang bola. Susah nak nampak pohon semalu kat situ, kan? Pohon semalu kan pemalu, ia tak akan hidup di tempat yang banyak lelaki. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang jarang dipijak untuk hidup subur. Takkan menyusahkan orang, Insya Allah,'' Elya tersenyum dengan keterangannya.
'' Ada satu lagi soalan untuk Elya. Kenapa pohon semalu selalu dibuang orang? Contohnya di taman mak saya. Bila dia nampak ada pohon semalu tumbuh, cepat cepat dibersihkan daripada taman tu,''giliran Ibrahim mengenakan Elya.
'' Apa nak hairan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Lihat Rasulullah s.a.w, kerana Islam, baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai ada seorang manusia membuang baginda, berpuluh puluh yang lain menyayanginya. Kenapa? Kerana baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya.''
'' Pohon semalu memang pemalu! Sifat pemalu lambang kemuliaan dan keindahan wanita bermaruah. Hakikatnya malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?''
'' Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa.. Duri itu adalah simbolik kepada perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.''
'' Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin mengisi alam dengan haruman bunga bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun daun di tepinya tertutup malu. Tindak balas daun daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan Rasul Nya.'' terang Elya Khadeeja.
.........................................................
Subhanallah,. terlalu indah bidalan yang diketengahkan. Mampukah diri ini menjadi wanita sesolehah akhowat di Taman Islam itu?
.. masa yg ada gunakanlah untuk mencari sebanyak banyak ilmu.. dan ilmu akhirat itu harus ditingkatkan..ilmu dunia pula jangan ditinggal terus... carilah kebahagiaan walau di mana saja anda berada.......
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Saturday, 29 June 2013
Saturday, 23 June 2012
pesanan Adam untuk Hawa
Assalamualaikum
warahmatullahitaalawabarakatuh....
Ku teruskan bicara buatmu, Hawa...Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu...
HAWA...
Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati ini.Hawa..ke mana hilangnya sopan santun dan rasa hormatmu terhadapku?Kalau dulu,untuk mengucapkan sebaris kata di hadapan kusekalipun,kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata sebaik-baiknya dan seatur mungkin.Namun hari ini, suatu kebiasaan jika ku perhatikan malumu kian lenyap!Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yg menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan-silu...malu itu selayaknya kau punyai, tapi apa yg terjadi kini???
HAWA..
Apa yg membimbangkanku, kedaan ini biasa menjadikan kita makin hampir mengetepikan tuntutan perintah Allah. Pergaulan yg kukira tidak wajar antara muslimin dan muslimat menenggelamkan ku dalam kekalutan perasaan,terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan jika dilihat kaummu dan kaumku bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi....
HAWA..
Mengapa tidak kau semaikan rasa malumu dalam hatimu??Mengapa hawa yg kukenal dulu tidak lagi selembut dulu?..Tidak seperti dulu?? Tutur kata yg petah,alunan suara yg lantang,mengheret aku ke dalam kesedihan yg berpanjangan..Kau bisa ku samakan dengan tema-temanku yg lain dan...jika keadaan ini berterusan,suatu hari nanti,Hawa akan menguasai dunia dan Adam hanyalah penyeri saja..Dulu,kusanjung tinggi peradabanmu yg kiranya dibandingkan dengan kaum mu di luar sana.Tapi kini, kepercayaanku kian luntur tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar, dan sedarlah Hawa, dirimu adalah wanita yg menyimpan setinggi-tinggi maruah...Lantaran itu,usah terlalu ghairah denganku,kau Adam dan kita mempunyai benteng yg teguh....janganlah dirobohkan...
HAWA...
Fahamilah...ku tak ingin kau terlalu menonjol diri,kerana bagiku hawa adalah sebutir mutiara yg terlalu mahal harganya.Terus terang kukatakan duhai hawa,bukan kemarahanmu kupinta,bukan sapaanmu yg menggembirakan diriku, tapi mengertilah Hawa,ku mahu kau pelihara kesopananmu dan maruahmu jangan kau perdagangkan.
HAWA...
Jika bersua muka,tundukkan pandanganmu.Perlahankan suaramu dan usahlah kau terlalu tampilkan dirimu meskipun naluri kita saling memerlukan.Ingatlah Hawa, batas-batas pergaulan di antara kita,itulah yg harus dijaga...
HAWA...
Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana-mana saja.Walaupun aku tidak mampu untuk terus menerus memimpin dirimu seandainya kau tersilap langkah,tapi dengarlah Hawa,aku mahu kau sedar!! Sedar yg dirimu bisa terhumban di persada kehancuran jikalau dikau membiarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas di kala ini.Kaumku, Adam tidak ingin dunia ini dimamah laknat allah lantaran dosa yg kita titipkan...
HAWA...
Sekian dulu untuk kali ini.Ketahuilah dunia Hawa.......aku amat merindui dirimu yang dulu....Wassalam....

taken from........my Computer....
Tuesday, 5 June 2012
sedekah yang paling murah
salam..............
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalumalang dan kehidupan saya penuh
kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
---get from somewhere---
p/s : senyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu..:))))
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
---get from somewhere---
p/s : senyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu..:))))
Monday, 27 June 2011
Ada 6 soalan....
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
3. Apa yang paling besar di dunia?
4. Apa yang paling berat di dunia?
5. Apa yang paling ringan di dunia?
6. Apa yang paling tajam di dunia?
................JAWAPANNYA..........
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid muridnya. Lalu Imam Ghazali bertanya:
Soalan yang pertama,'' apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?''Murid muridnya menjawab ''orang tua, guru, dan sahabatnya.''. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Al Imran, ayat 185)
Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..''Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?''. murid muridnya menjawab, '' negara China, bulan, matahari, bintang'' Lalu Imam al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun, kita tak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang ketiga..'' Apa yang paling besar di dunia ini?''murid muridnya menjawab,'' gunung, bumi, matahari.'' semua jawapan itu benar kata Imam al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU ( al a'raf, ayat 179). Maka kita harus berhati hati dengan nafsu, jangan biarkan nafsu membawa kita sampai ke neraka.
Pertanyaan keempat, '' Apa yang paling berat di dunia ini?'' Ada yang menjawab besi dan gajah. Semua jawapan adalah benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( al ahzab, ayat 72). Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanah.
Pertanyaan kelima ialah '' Apa yang paling ringan di dunia ini?'' Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al Ghazali, tapi yang paling ringan ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Dan pertanyaan terakhir ialah, '' Apakah yang paling tajam di dunia ini?''. Murid muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya
surah Al Imran, ayat 159
Wallau'alam..
Wednesday, 22 June 2011
renung sejenak
bismillah.....
dan jika kami berikan kepadanya suatu rahmat dari kami setelah ditimpa kesusahan ,pastilah dia berkata. ''ini adalah hakku,dan aku tidak yakin hari kiamat itu akan terjadi. dan jika aku dikembalikan kepada tuhanku,sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisinya.'' Maka sungguh,akan kami beritahukan kepada orang-orang kafir tentang apa yang telah mereka kerjakan , dan sungguh akan kami timpakan mereka azab yang berat. Dan apabila kami berkan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri ( dengan sombong) ; tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa....
surah fussilat ayat 50-51
kerana manusia selalu alpa....
memanjat doa tatkala ujian menimpa....
p/s: ingatan buat diriku yang imannya masih terumbang ambing

Tuesday, 21 June 2011
sempurnakah kamu??
salam...
''nobody is perfect''
kerap kali kita dengar ucapan ini....
tapi itu ditujukan perlakuan kita dengan manusia bukan?
cuba kita renungkan balik amalan2 kita dengan Tuhan...
perfect kah?
kusyukkah kita dalam solat?
sejauh mana al Quran itu kita hayati? hanya sekadar baca mungkin....
terjagakah aurat kita?
perlakuan, pergaulan kita menggambarkan kita adalah seorang muslim kah?
berapa kali sehari kita selawat pada Nabi atau hanya sambutan maulidur rasul saja?
ingatkah kita pada sang pencipta yang sentiasa memerhati setiap gerak geri
solat jemaah.... macam mana? hmm... boleh dikira dengan jari barangkali.....
solat sunat, puasa sunat.... banyakkah
sempurnakah amalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti???
persoalan itu ditujukan untuk diriku...
hamba yang sentiasa lalai...
tapi, jauh di sudut hati
aku ingin jadi insan terbaik....
kerana saat ini aku masih belum sempurna....
p/s: sentiasalah berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan

Tuesday, 10 May 2011
sYaBaB pEmAnGkIn IsLaM
bismillah....
pada hari sabtu yg lepas, aku sempat menghadiri satu ceramah yg dianjurkan oleh exco modal insan fakulti perubatan.. maklumlah. ilmu agama di dada begitu cetek..
ceramah tersebut mempunyai 2 slot.. slot pertama disampaikan oleh Ustaz Taqiyyudin dari CiTU. beliau mengupas tentang muhasabah iman dan tanda2 hati yg mati.
dalam ceramah itu, beliau ada mengatakan konsep manusia yg mempunyai hala tuju dlm hidup..iaitu:
1) mu'ahadah- ikrar atau perjanjian hamba dengan Allah sejak di alam roh lagi
2) muraqabah- berasa dirinya begitu dekat dengan Allah dan merasakan Allah sentiasa mengawasinya.
hal ini akan mendorong seseorang itu untuk melakukan amar makruf nahi mungkar
3) muhasabah- manusia yg mengenal dan menilai diri dalam hubungannya dengan Allah
4) mu'aqabah- menghukum diri apabila sedar kesalahan yg dilakukan serta meningkatkan amalan
5) mujahadah- bersungguh-sungguh mencapai matlamat kehidupan berlandaskan syariat
selain itu, terdapat beberapa halangan dalam kehidupan yg harus kita tangani:
- mukmin yg mempunyai sifat hasad dengki
-munafik yg benci akan kebaikan
-orang kafir yg ingin memerangi
-syaitan yg menyesatkan
-nafsu yg merangsang kejahatan
ustaz juga ada menyebut tentang bahagian2 hati menurut Imam Termizi r.a:

sebagai manusia, nilailah di mana ''level'' hati kita.. tugas kita ialah menjadi hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi ini.jadilah hamba Allah yg sentiasa melaksanak amar makruf nahi mungkar.. sebagai khalifah kita berkewajipan memakmurkan alam ini berlandaskan syariat agar halawatul iman ( kemanisan iman) dapat dirasai..
.............................................................................
slot kedua disampaikan oleh ustaz Juraili dari UIAM..ceramah itu bertajuk ''peranan pemuda dalam islam''
hadis nabi:
''Allah SWT akan berasa kagum akan pemuda/pemudi yg tiada padanya perkara-perkar keji dan
mungkar''
'' satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak ialah
golongan pemuda yg hidupnya beribadah kepada Allah''
''ingatlah hidup sebelum mati
sihat sebelum sakit
masa lapang sebelum sempit
masa muda sebelum tua
kaya sebelum miskin''
pentingnya golongan pemuda.. golongan ini menjadi tunggak kekuatan tamadun dan perjuangan islam sejak dahulu lagi. diceritakan mengenai pertemuan Rasulullah SAW di rumah Arqam Bin Abu al Arqam yg majoritinya adalah golongan pemuda..
apa lebihnya golongan ini??
- akal
- jasad/kudrat/kekuatan
-semangat
menurut imam Hasan Al Banaa pula pemuda disinonimkan dengan kekuatan iman, keyakinan tinggi dan keazaman''.
persiapan dakwah oleh pemuda dalam menyebarkan islam???
1) keilmuan
- untuk berdakwah, ilmu itu penting dan harus dipelajari. ilmu itu adalah cahaya daripada Allah yg dicampakkn ke dalam hati orang2 yg dikehendakiNya.
2) persiapan dakwah
- memahami tuntutan syahadah serta ikhlas dalam melaksanakannya
-megetahui matlamat manusia diciptakan iaitu menjadi hamba Allah, berdakwah dan sebagai khalifah
- mempunyai gambaran jelas tentang kerosakan umat islam kini
- berusaha mendapatkan pertolongan daripada Allah
- mengikut jejak langkah pemuda islam terdahulu
- megetahui kelebihan dakwah dan pendakwah
-megetahui cara terbaik untuk berdakwah
-mendalami aqidah, qada' dan qadar

- hati yg hidup= hati yg penuh keimanan
- hati yg mati= hati yg kufut kepada Allah serta nikmatNya
- hati yg sihat= seronok dalam mengerjakan kebaikan serta taat pada Allah
- hati yg sakit= hati yg tidak luput drp maksiat dan derhaka
- hati yg bagus= hati yg selalu ingat Allah
- hati yg tidur= hati yg selalu lalai drp mengingati Allah
sebagai manusia, nilailah di mana ''level'' hati kita.. tugas kita ialah menjadi hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi ini.jadilah hamba Allah yg sentiasa melaksanak amar makruf nahi mungkar.. sebagai khalifah kita berkewajipan memakmurkan alam ini berlandaskan syariat agar halawatul iman ( kemanisan iman) dapat dirasai..
.............................................................................
slot kedua disampaikan oleh ustaz Juraili dari UIAM..ceramah itu bertajuk ''peranan pemuda dalam islam''
hadis nabi:
''Allah SWT akan berasa kagum akan pemuda/pemudi yg tiada padanya perkara-perkar keji dan
mungkar''
'' satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak ialah
golongan pemuda yg hidupnya beribadah kepada Allah''
''ingatlah hidup sebelum mati
sihat sebelum sakit
masa lapang sebelum sempit
masa muda sebelum tua
kaya sebelum miskin''
pentingnya golongan pemuda.. golongan ini menjadi tunggak kekuatan tamadun dan perjuangan islam sejak dahulu lagi. diceritakan mengenai pertemuan Rasulullah SAW di rumah Arqam Bin Abu al Arqam yg majoritinya adalah golongan pemuda..
apa lebihnya golongan ini??
- akal
- jasad/kudrat/kekuatan
-semangat
menurut imam Hasan Al Banaa pula pemuda disinonimkan dengan kekuatan iman, keyakinan tinggi dan keazaman''.
persiapan dakwah oleh pemuda dalam menyebarkan islam???
1) keilmuan
- untuk berdakwah, ilmu itu penting dan harus dipelajari. ilmu itu adalah cahaya daripada Allah yg dicampakkn ke dalam hati orang2 yg dikehendakiNya.
2) persiapan dakwah
- memahami tuntutan syahadah serta ikhlas dalam melaksanakannya
-megetahui matlamat manusia diciptakan iaitu menjadi hamba Allah, berdakwah dan sebagai khalifah
- mempunyai gambaran jelas tentang kerosakan umat islam kini
- berusaha mendapatkan pertolongan daripada Allah
- mengikut jejak langkah pemuda islam terdahulu
- megetahui kelebihan dakwah dan pendakwah
-megetahui cara terbaik untuk berdakwah
-mendalami aqidah, qada' dan qadar
Wednesday, 9 March 2011
sakit penghapus dosa
salam.....
kembali menulis setelah selesai menghabiskan satu lecture note yang bertajuk antiemetic and prokinetic drugs..( skema molek ayat ;'')..banyak tol nama2 ubat yg perlu dihafal nie..nak bersungut la tu...memangla banyak, nanti silap bagi ubat kang lain jadinyer... kan setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya..
penyakit itu adalah satu cara untuk menghilangkan dosa... sebenarnya ini yg ingin dikongsikan disini...
selalu kita dengar sakit itu kifarah dosa..sebenarnya apa itu kifarah? ada jugak cari definisi kifarah ni. maksudnya, kifarah itu adalah balasan Allah kepada hamba-hambaNya yg mukmin yg masih hidup di dunia sebagai balasan atas dosa-dosa yg dilakukan. walaupun sejauh mana cermat dan berhati-hatinya kita, jika Allah telah menetapkan bencana itu, maka haruslah kita menerimanya...kun fayakuun...
diri yang menulis ni pun sering kali diuji dengan kesakitan begitu juga keluarga penulis.. ujian datang bertimpa-timpa sehingga kami kadang-kadang berputus asa dari rahmat Tuhan..( ampunkan kami wahai Tuhan)..tetapi, penyakit itu datangnya daripada Allah dan Dia jugalah yang menurunkan ubatnya. hanya doa yang kami panjatkan..insyaAllah, ada hikmah di sebalik semua ini..
banyak doa yang nabi ajar kepada kita ketika menghadapi kesakitan.rajin-rajinlah kita cari dan mengamalkannya..takkan buku yg tebal boleh kita hafal, sedangkan sepotong doa xboleh kot...( peringatan untuk diri sendiri jugak)
Artinya: "Dengan menyebut nama Allah (tiga kali). Saya berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan api yang aku derita dan aku khawatirkan (dibaca tujuh kali). "
inilah doa yang selalu penulis amalkan.. letakkan tapak tangan ditempat yang sakit dan bacalah doa ini. tetapi, ingat kesembuhan itu datangnya daripada Allah s.w.t...wassalam.
PESANAN: diri yang menulis ni x sempurna mana, x sealim mana... yang baik itu ambillah sebagai pengajaran...
SEMOGA KU PEROLEH REDHA ILAHI

Sunday, 27 February 2011
hadiah untuk diriku- kategori cerpen tempat pertama medic creative day
KURNIAAN DALAM PENDERITAAN
Hidayah menghadap laptop kesayangannya. Sekali sekala jari jemarinya menekan papan kekunci sambil mindanya galak mencari idea. Fuh, susahnya nak dapat ilham, rungutnya. Bidang penulisan sudah lama dia tinggalkan.Jika dahulu senang sahaja dia merungkaikan tema menjadi satu jalan cerita yang amat menarik. Hidayah termenung lama, dibiarkan angin pantai menampar lembut pipinya. Sayup-sayup kedengaran ceramah dari corong radio IKIM. Kata-kata Ustaz Zainal itu amat berkesan dihatinya, ‘’ di saat kamu bergelak ketawa , ingatkah kamu pada mereka yang bersusah payah meneruskan hidup? Bukan semua insan di dunia ini dilahirkan untuk menikmati kemewahan....‘’ Dengan lafaz basmalah, Hidayah memulakan karyanya.
........Seperti pagi-pagi sebelumnya, Awwal melangkah pantas meredah keheningan Subuh. Pagi itu, dia ada misi yang harus dilaksanakan. Wajah tua ibunya bermain di ruang mata. Awwal akur, wajah itulah yang menjadi penguat semangatnya. Air mata lelakinya hampir tumpah tetapi cepat-cepat ditahan. Dengan berbekalkan karung hitam yang dibawa dari rumah, Awwal mengutip tin-tin kosong di tepi jalan. Walaupun rutinnya hanya sebagai pengutip tin, tetapi pekerjaan itu masih ada persaingan. Disebabkan itu, Awwal terpaksa menggagahkan diri, bangun di pagi hari yang mana anak-anak sebayanya bersiap sedia untuk ke sekolah. Satu demi satu tin kosong dimasukkan ke dalam karung.Berdeting bunyinya. Awwal tersenyum puas. Belum sempat matahari menonjolkan diri, dua karung miliknya sudah penuh berisi.
Tanpa berlengah-lengah, dia terus menuju ke kilang kitar semula. Perjalanan ke sana, kiranya mengambil masa hampir sejam. Kakinya sudah tidak berasa leguh lagi. Laluan itu sudah dihafalnya sejak tiga tahun yang lalu. Jika dahulu, ada juga ibunya sebagai teman berbicara sepanjang perjalanan. Tetapi, sejak ibunya jatuh sakit, Awwal tahu dia harus mengambil alih tanggungjawab itu. Peluh dingin menitik di dahi. Bunyi loceng dari sekolah berdekatan mengejutnya daripada lamunan. Awwal tercegat di luar pagar, matanya sayu memandang para pelajar yang berlari-lari anak menuju ke tapak perhimpunan. Betapa dia ingin menyarungkan uniform sekolah itu ke badannya, menyandang beg yang berisi buku, menimba ilmu bersama kawan-kawan. Awwal tunduk memandang dirinya. Kasut ‘Sneakers’ hasil titik peluhnya masih dipakai walaupun kakinya kian membesar.. Kasut lusuh itulah yang banyak berjasa kepadanya, masih boleh melindungi kakinya bagi meneruskan hidup. Awwal mengosok-gosok lengannya yang jelas menampakkan urat-urat hijau, tidak sebanding dengan umurnya yang baru mencecah 15 tahun. Urat-urat yang timbul itu mungkin boleh menjadi bukti kerja kerasnya selama ini.
Di saat matahari malu-malu memancarkan sinarnya pagi itu, Awwal telahpun sampai di depan pintu pagar kilang kitar semula itu. Bajunya lencun dibasahi keringat. Seperti biasa, Pak Mat pasti akan menunggunya. ‘’ Pak Mat, ini saja yang dapat saya kutip pagi ni,’’ ujar Awwal, lemah sekali suaranya. Tangannya dihulur, meminta upah. Lantas wang kertas lima ringgit bertukar tangan. Awwal bersyukur. Walaupun upah yang diterima tidak seberapa, tetapi wang itu halal untuk sesuap nasi. Susah payahnya tidak berakhir di situ. Dia menuju ke warung milik seorang lebai, bukan untuk mengisi perut yang sememangnya kosong sebaliknya dia diupah untuk mencuci pinggan. Ada juga insan yang bersimpati akan dirinya, yang tidak hanya menilai dari luaran semata-mata.Kadang kala, Awwal merasakan dunia ini memandang enteng kepadanya. Dimanakah keadilan untuk orang yang tertindas sepertinya?! Awwal mendengus berat.
Setiap detik diisi dengan perkara yang boleh mendatangkan hasil. Awwal berjalan pulang sambil membimbit plastik berisi sebungkus nasi dan bekalan ubat untuk ibunya. Walaupun terpaksa menebalkan muka untuk berhutang, tetapi keperluan ibunya harus dijaga. Sore itu,di tepi lorong, matanya tertancap kepada sekumpulan anak muda, kelihatan begitu bangga meneguk air syaitan. Botol yang kosong dihempas kuat. Kaca bertaburan di jalanan, lebihan air itu meleleh keluar, mengotori permukaan jalan itu, persis jiwa dan hati mereka yang telah dinodai oleh air haram itu. Awwal menggeleng-geleng kepalanya. Sesungguhnya merekalah yang paling layak dikasihani berbanding dirinya. Pemandangan di sekitar lorong itu sememangnya menjijikkan. Laluan itu terpaksa dilaluinya untuk pulang ke rumah, walaupun sudah banyak kali imannya hampir tewas dengan pujukan iblis. Dia beristighfar di dalam hati. Semiskin dan sehina manapun hidupnya, Awwal tidak akan sekali-kali menggunakan cara kotor seperti itu untuk melepaskan tekanan.
Di sebalik timbunan sampah perkampungan setinggan itu, sepasang makhluk sedang leka mencederakan diri masing-masing dengan tusukan jarum .Badan mereka yang kurus kering itu menampakkan tulang belulang yang jelas dapat dikira oleh sesiapa yang melihatnya.Entah apa yang dicucuknya, Awwal tidak tahu dan dia tidak mahu ambil tahu. Yang jelas, ‘benda’ itulah yang telah meragut nyawa ayahnya. Mindanya ligat mengimbau kisah silam dua tahun dahulu. Seorang ayah yang dianggap pahlawan di matanya, rupa-rupanya pengkhianati bangsa. Kesalahan ayahnya dirasakan begitu besar dan Awwal masih tidak dapat memaafkannya. Jika dahulu, ayahnya tidak menyentuh najis dadah itu, hidupnya tidak akan menderita sebegini. Pasti sekarang, dia berada di dalam kelas, menimba ilmu bersama rakan-rakan. Digelar anak penghidap AIDS menyebabkan Awwal dan ibunya dipulaukan oleh masyarakat, apatah lagi hidupnya yang amat daif. Mana mungkin dia dapat menyesuaikan diri orang sekeliling.
Hujan yang turun mulai membasahi tubuh Awwal, ibarat turut menangisi segala kesengsaraan yang ditanggungnya. Awwal harus cepat sampai ke rumah, air hujan itu adalah satu rahmat buat keluarganya. Lantas dicapainya besen sederhana besar dan ditadahnya air hujan itu. Itulah satu-satunya bekalan air bersih yang dapat diperoleh di kawasan setinggan di pinggir Kuala Lumpur itu. Nikmat Allah tidak pernah disia-siakan. Awwal terbaring, matanya terpaku memandang siling rumah yang dipenuhi sawang. Atap rumah yang bocor tanpa belas kasihan membiarkan air hujan menitik di atas mukanya. Dia tetap tidak berganjak daripada tempat pembaringan. Sayup-sayup, di ruang dapur kedengaran suara ibu yang sesak menahan batuk. Sejujurnya, hati Awwal sebak mendengar suara itu.
‘’Awwal...mari sini, nak,’’ panggil si ibu. Lambat Awwal bangun menuju ke dapur. Si ibu sedang membahagikan nasi yang dibawa pulang kepada dua bahagian. Dihulurkan bahagian yang banyak itu kepada Awwal. ‘’Ini untuk Awwal, makan ye,’’ kata-kata si ibu menambah duka di hatinya.Ditatapnya nasi berlaukkan ikan kering dan sedikit ulam yang dipetik semasa pulang tadi dengan pandangan kosong.
‘’ Kalaulah dulu ayah tidak menjadi penagih, hidup kita tidaklah seteruk ini, bu,’’ entah macam mana kata-kata itu terhambur daripada mulutnya. Si ibu tersentak, membatalkan hasrat untuk menyuakan nasi ke mulut. Dipandangnya Awwal, anak lelaki tunggal yang banyak berkorban untuk dirinya. Sedikit sebanyak sikap panas baran arwah suaminya mengalir dalam tubuh anaknya itu.
‘’ Awwal menyesal hidup susah begini?’’ tanya si ibu. Awwal terdiam, membiarkan suasana menjadi sunyi sepi. Rasa bersalah menerpa di dada.
‘’Ibu bangga dengan kamu. Kesusahan inilah yang menjadikan kamu kuat suatu hari nanti,nak’’ tutur si ibu perlahan.
‘’Tapi bu, Awwal tidak kuat. Awwal tidak mahu hidup susah lagi.Yang jelas,masa depan Awwal kabur sekali. Apa mungkin, tanpa ilmu Awwal boleh berjaya, bu? Awwal malu, bu..malu,’’ teresak-esak dia menangis, yang selama ini ditahannya. Si ibu terkedu.
Hujan mulai reda. Bunyi cengkerik di luar rumah menghiasi suasana sepi itu. Di saat mata Awwal hampir terkatup, kedengaran ketukan bertalu-talu di muka pintu. Entah siapa yang sudi datang ke rumah usangnya itu. Dikuaknya daun pintu. ‘’Assalamualaikum,’’ sapa tetamu tak diundang itu, lembut sekali suaranya. Ditenungnya tetamu itu dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya. Masakan ibunya mempunyai teman bekerjaya seperti itu.
Wanita dalam lingkungan 30 an yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang doktor, Dr Ummu itu duduk bersimpuh di hadapan mereka berdua. Manis sungguh wajahnya persis bidadari yang turun dari kayangan. Tutur bicara yang sopan menambah debar di hati Awwal. Cepat-cepat Awwal sedar diri. ‘’ Apa tujuan anak datang ke rumah mak cik yang buruk ini? Jarang sekali kami menerima kunjungan seperti ini,’’ tanya si ibu ingin tahu. Awwal hanya menunduk, malu memandang wajah di hadapannnya itu. Dengan tersenyum, wanita yang layak digelar kakak oleh Awwal itu mencelah, ‘’ Sebenarnya, saya sudah banyak kali terserempak dengan kamu dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya bangga melihat kegigihan kamu. Walaupun ditimpa kesempitan hidup sebegini, kamu tidak terjerumus dengan perkara yang tidak elok.’’
‘’ Err,maksud doktor, selama ini doktor mengekori saya?’’ tanya Awwal, tidak puas hati.
‘’ Tidak perlu berdoktor- doktor dengan saya. Anggaplah kedatangan saya ini sebagai seorang kakak kamu, Awwal. Maafkan kakak. tetapi keinginan kakak untuk membantu kamu mendorong kakak ke sini. Inilah impian yang akak idam-idamkan sejak dulu. Harapnya, kalian sudi menerima bantuan saya.’’
.........................
Kedatangan wanita yang berhati malaikat itu ibarat dihantar Tuhan untuk keluarganya. Masih terngiang-ngiang ditelinga Awwal nasihat yang dititipkan untuknya seminggu lalu sewaktu mengiringi doktor itu pulang ‘’ Kesusahan yang kamu alami ini tidak dapat dibandingkan dengan perjuangan anak-anak di Palestin sana. Mereka berjuang untuk hidup dalam keadaan negaranya yang tidak pernah aman, bermandi darah. Seharusnya, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang dianugerah Tuhan. Walau sebesar manapun ujian yang diberi, pasti ada hikmahnya.Kepayahan ini menjadikan kamu lebih kuat dan matang, itulah yang membezakan kamu dengan rakan seusia kamu yang lain.Usah diulangi sejarah bapa kamu dan jangan sekali-kali Awwal membencinya.Mungkin arwah bapa Awwal tersilap langkah dan memilih jalan itu. Ingatlah janji Allah itu pasti kerana dalam susah itu ada senangnya.’’ Awwal mengakui kata-kata itu. Dia tersenyum. Allah masih menyayangi dirinya.
Awwal dan ibunya amat terkejut tatkala Dr Ummu menyuarakan hasratnya untuk menjadikan mereka sebagai keluarga angkat. Segala keperluan dan kebajikan akan ditanggung.Ini bermakna dia masih berpeluang untuk menyambung pelajaran. Si ibu menangis sambil menadah tangan mengucap syukur. Masih ada insan berhati luhur seperti Dr Ummu. Tetapi, Awwal masih ada persoalan yang belum terjawab. Adakah wanita itu pernah mengalami kesusahan sepertinya dahulu? Adakah dia juga anak yatim sepertinya? Disimpannya persoalan itu di sudut hati. Baginya, untuk melakukan kebaikan tidak memerlukan sebab. Dia tertidur dalam senyuman, tidak sabar menanti hari esok yang pasti akan menjanjikan harapan.
Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar, dijelaskan dalam surah Taha ayat 130, ‘’ Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbenam; dan bertasbihlah (pula) pada waktu malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang.’’
Hidayah mengucap Alhamdulillah.Segala ideanya telah siap dinukilkan. Sedikit sebanyak Hidayah menyelitkan pengalaman hidupnya sendiri. Secara tidak langsung kuranglah sedikit beban perasaan yang ditanggungnya. Lagu Rahmat Ujian nyanyian kumpulan Mestica bergema di ruang tamu. Dia terus menekan butang ‘save’ dan menyimpan karyanya itu.
syukur aku ke hadrat Allah.... video itu hasil kreativiti kawan2 medik sekalian... i'm really appreciate it... semoga aku diberi kekuatan dan ketajaman akal agar bakat ini tidak disia siakan, untuk menjadi penulis yg daie, mungkin aku masih belum mamputetapi, niatku biarlah ia dapat memperbaiki diriku dan pembaca yg sudi singgah di sini......insya Allah....:))
Subscribe to:
Posts (Atom)