Monday, 27 June 2011

Ada 6 soalan....

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
3. Apa yang paling besar di dunia? 
4. Apa yang paling berat di dunia?
5. Apa yang paling ringan di dunia?
6. Apa yang paling tajam di dunia?

................JAWAPANNYA..........

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid muridnya. Lalu Imam Ghazali bertanya:

Soalan yang pertama,'' apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?''Murid muridnya menjawab ''orang tua, guru, dan sahabatnya.''. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Al Imran, ayat 185)

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..''Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?''. murid muridnya menjawab, '' negara China, bulan, matahari, bintang'' Lalu Imam al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun, kita tak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. 

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang ketiga..'' Apa yang paling besar di dunia ini?''murid muridnya menjawab,'' gunung, bumi, matahari.'' semua jawapan itu benar kata Imam al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU ( al a'raf, ayat 179). Maka kita harus berhati hati dengan nafsu, jangan biarkan nafsu membawa kita sampai ke neraka.

Pertanyaan keempat, '' Apa yang paling berat di dunia ini?'' Ada yang menjawab besi dan gajah. Semua jawapan adalah benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( al ahzab, ayat 72). Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanah.

Pertanyaan kelima ialah '' Apa yang paling ringan di dunia ini?'' Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al Ghazali, tapi yang paling ringan ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. 

Dan pertanyaan terakhir ialah, '' Apakah yang paling tajam di dunia ini?''. Murid muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya

surah Al Imran, ayat 159


Wallau'alam..

No comments:

Post a Comment