miggu ni aku balik kg, cuti semester seminggu.... mula-mula tu xnak balik.. tapi, memang aku nie ditakdirkan suka buat keputusan last2 minute,..trus pi amik tiket dan blik kampung..tambah2 xnak menyusahkan abang aku sebenarnya. walaupun terpaksa berhabis duit panggil teksi hari tu, tapi sudah rezeki uncle tu agaknya...
sememangnya aku nie jenis yang tahan homesick..hehe.. tapi, setelah terbaca satu artikel tu yang mengatakan walaupen sekadar memandang wajah orang tua kita, Allah memberi kita pahala..oleh sebab itu, aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun cuti hanya seminggu... aku ketepikan alasan nak stay kat kolej semata-mata mahu study.. kat umah pom bley study gak..tapi, kurang sket laa... hmm..memang lumrah kot....
harap2 duk kat umah nie dapat habiskan notes GIT tu....tinggal sket lagi yang belum dibaca..insyaAllah, aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala perjalananku di dunia mahupun di akhirat kelak.... kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.. itulah hamba yang baik, yang mengetahui bahawa Allah yang menentukan segala-galanya..ilmu itu milik Allah, oleh itu beradablah dalam menuntut ilmu..teringat aku akan kata-kata Ustaz Hafiz semasa ceramah Kristal Rindu petang itu. beliau mengatakan al quran itu cahaya, maka bacalah al quran, moga-moga mudah hati kita menerima ilmu..orang yang meninggalkan bacaan al quran selama tiga hari berturut-turut, hatinya sukar menerima ilmu dan juga kebaikan..
insya Allah..akan ku ingat pesan itu......
No comments:
Post a Comment