'' sombongnyer die leni....'' itulah kalimah yang sering kudengari tatkala berselisih dengan kawan-kawan lelakiku.
'' mana ader...'' balasku dengan senyuman.. mengeluhku di dalam hati. sombong sangatkah aku tidak menegur kaummu, wahai kaum-kaum Adam sekalian? salahkah aku bersikap seperti itu?
'' sombong aku kena pada tempatnya la,'' pernah aku bersuara sebegitu kepada sorang teman..
''ade erk orang macam tu?'' balasnya kembali..
dalam hatiku, ikut suka hati la aku tak nak tegur kaum-kaum korang.. tiada apa yang mahu dibicarakan dengan kalian, kecuali hal-hal berkaitan pelajaran..korang bertanya, jika ada jawapannya akan kujawab..
disebabkan tidak mahu dicop sebagai gadis sombong lagi, kini aku telah memberanikan diri untuk mengangkat mukaku ini sekiranya terserempak dengan kalian...kadang-kadang kuukirkan jugak senyuman ( walaupun tak semanis mana pom....kan senyum itu sedekah..:)))
kadang kala...aku berasa 'ok' jugak bersikap seperti ini ( sombong dengan kaum Adam)..elak daripada timbul fitnah nanti.
maafkan aku kalian...ada sebab aku bersikap seperti itu.aku sendiri sukar untuk mentafsir hatiku.. dulu pernah beberapa kali kalian salah faham terhadap kata-kata yang kuucapkan. bagiku, itu adalah ucapan yang wajar kepada seorang teman yang aku anggap kawan. tetapi, kalian berfikiran jauh ( yang kuanggap tidak logik langsung..ish3).. kalian mengajakku ke dunia percintaan yang..yang ape erk??? ntah laa... tu laa sikap korang...tapi, aku pom bersalah jugak dalam hal nie.. terlalu cepat kasihankan kalian.. pertama kali, aku terima...tetapi, Allah masih menyayangiku..Dia tunjukkan aku jalan yang benar, yang kalian bukan untuk aku, dan aku bukan untuk kalian.. syukur aku kepadaNya.
dan..aku tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali. aku tidak mampu untuk mengawal perasaanku sendiri....akan kuletakkan Allah dan Rasul dahulu di dalam hatiku...
pesanan ikhlas buat diri ini......
''tidak mengapa la sekali sekala sombong dengan diorang tu....u have the right to do this....'' sekadar untuk mententeramkan hati...=)
~ ku mencari redha Ilahi~
betul3.. kita ada hak terhadap diri kita sendiri~ :))
ReplyDeleteyap...hmm...mcm kukenal je han1s nie..
ReplyDelete