Sunday 27 March 2011

it is painful

...''it is painful"... sakitnya hanya tuhan saja yg tahu.. kesakitan itu datang tanpa mengira waktu. but i have to bear with it. itukan ujian Allah pada hambanya. ingin saja kurahsiakan perkara itu daripada kedua ibu bapa ku, tetapi ku ceritakan juga dengan harapan mereka akan terus mendoakan aku.....

   mengapa tidak ke hospital saja? sedangkan kamu selalu je pergi ke sana..belajar di sana.. di sekeliling kamu kan ada doktor.. lecturer2 kamu kan doktor juga...you have been taught to give advice to people, if they are sick, please force yourself to see us... but, when it comes to me, i am very afraid... aku takut kalau kesakitan ini bukan kesakitan biasa.. macam mana nak bgtau ibu ngan ayah yang ank perempuan mereka nie sakit... i can't...

   walau apa pun.. aku bersyukur kerana kesakitan ini membuatkan aku lebih ingat padaNya.. betapa indahnya nikmat sihat itu....




                                            ........................ku mencari redha ilahi....................

Sunday 13 March 2011

sombongkah aku tidak menegurmu?

'' sombongnyer die leni....'' itulah kalimah yang sering kudengari tatkala berselisih dengan kawan-kawan lelakiku.
'' mana ader...'' balasku dengan senyuman.. mengeluhku di dalam hati. sombong sangatkah aku tidak menegur kaummu, wahai kaum-kaum Adam sekalian? salahkah aku bersikap seperti itu?
'' sombong aku kena pada tempatnya la,'' pernah aku bersuara sebegitu kepada sorang teman..
''ade erk orang macam tu?'' balasnya kembali..

dalam hatiku, ikut suka hati la aku tak nak tegur kaum-kaum korang.. tiada apa yang mahu dibicarakan dengan kalian, kecuali hal-hal berkaitan pelajaran..korang bertanya, jika ada jawapannya akan kujawab..
disebabkan tidak mahu dicop sebagai gadis sombong lagi, kini aku telah memberanikan diri untuk mengangkat mukaku ini sekiranya terserempak dengan kalian...kadang-kadang kuukirkan jugak senyuman ( walaupun tak semanis mana pom....kan senyum itu sedekah..:)))

kadang kala...aku berasa 'ok' jugak bersikap seperti ini ( sombong dengan kaum Adam)..elak daripada timbul fitnah nanti.
maafkan aku kalian...ada sebab aku bersikap seperti itu.aku sendiri sukar untuk mentafsir hatiku.. dulu pernah beberapa kali kalian salah faham terhadap kata-kata yang kuucapkan. bagiku, itu adalah ucapan yang wajar kepada seorang teman yang aku anggap kawan. tetapi, kalian berfikiran jauh ( yang kuanggap tidak logik langsung..ish3).. kalian mengajakku ke dunia percintaan yang..yang ape erk??? ntah laa... tu laa sikap korang...tapi, aku pom bersalah jugak dalam hal nie.. terlalu cepat kasihankan kalian.. pertama kali, aku terima...tetapi, Allah masih menyayangiku..Dia tunjukkan aku jalan yang benar, yang kalian bukan untuk aku, dan aku bukan untuk kalian.. syukur aku kepadaNya.

dan..aku tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali. aku tidak mampu untuk mengawal perasaanku sendiri....akan kuletakkan Allah dan Rasul dahulu di dalam hatiku...

pesanan ikhlas buat diri ini......
''tidak mengapa la sekali sekala sombong dengan diorang tu....u have the right to do this....'' sekadar untuk mententeramkan hati...=)

                                                           ~ ku mencari redha Ilahi~

Wednesday 9 March 2011

sakit penghapus dosa

salam.....

kembali menulis setelah selesai menghabiskan satu lecture note yang bertajuk antiemetic and prokinetic drugs..( skema molek ayat ;'')..banyak tol nama2 ubat yg perlu dihafal nie..nak bersungut la tu...memangla banyak, nanti silap bagi ubat kang lain jadinyer... kan setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya..

penyakit itu adalah satu cara untuk menghilangkan dosa... sebenarnya ini yg ingin dikongsikan disini...

selalu kita dengar sakit itu kifarah dosa..sebenarnya apa itu kifarah? ada jugak cari definisi kifarah ni. maksudnya, kifarah itu adalah balasan Allah kepada hamba-hambaNya yg mukmin yg masih hidup di dunia sebagai balasan atas dosa-dosa yg dilakukan. walaupun sejauh mana cermat dan berhati-hatinya kita, jika Allah telah menetapkan bencana itu, maka haruslah kita menerimanya...kun fayakuun...

diri yang menulis ni pun sering kali diuji dengan kesakitan begitu juga keluarga penulis.. ujian datang bertimpa-timpa sehingga kami kadang-kadang berputus asa dari rahmat Tuhan..( ampunkan kami wahai Tuhan)..tetapi, penyakit itu datangnya daripada Allah dan Dia jugalah yang menurunkan ubatnya. hanya doa yang kami panjatkan..insyaAllah, ada hikmah di sebalik semua ini..

banyak doa yang nabi ajar kepada kita ketika menghadapi kesakitan.rajin-rajinlah kita cari dan mengamalkannya..takkan buku yg tebal boleh kita hafal, sedangkan sepotong doa xboleh kot...( peringatan untuk diri sendiri jugak)


Artinya: "Dengan menyebut nama Allah (tiga kali). Saya berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan api yang aku derita dan aku khawatirkan (dibaca tujuh kali). "

inilah doa yang selalu penulis amalkan.. letakkan tapak tangan ditempat yang sakit dan bacalah doa ini. tetapi, ingat kesembuhan itu datangnya daripada Allah s.w.t...wassalam.


PESANAN: diri yang menulis ni x sempurna mana, x sealim mana... yang baik itu ambillah sebagai pengajaran...

                                   SEMOGA KU PEROLEH REDHA ILAHI 

aku di rumah.......

miggu ni aku balik kg, cuti semester seminggu.... mula-mula tu xnak balik.. tapi, memang aku nie ditakdirkan suka buat keputusan last2 minute,..trus pi amik tiket dan blik kampung..tambah2 xnak menyusahkan abang aku sebenarnya. walaupun terpaksa berhabis duit panggil teksi hari tu, tapi sudah rezeki uncle tu agaknya...

sememangnya aku nie jenis yang tahan homesick..hehe.. tapi, setelah terbaca satu artikel tu yang mengatakan walaupen sekadar memandang wajah orang tua kita, Allah memberi  kita pahala..oleh sebab itu, aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung walaupun cuti hanya seminggu... aku ketepikan alasan nak stay kat kolej semata-mata mahu study.. kat umah pom bley study gak..tapi, kurang sket laa... hmm..memang lumrah kot....

harap2 duk kat umah nie dapat habiskan notes GIT tu....tinggal sket lagi yang belum dibaca..insyaAllah, aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala perjalananku di dunia mahupun di akhirat kelak.... kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.. itulah hamba yang baik, yang mengetahui bahawa Allah yang menentukan segala-galanya..ilmu itu milik Allah, oleh itu beradablah dalam menuntut ilmu..teringat aku akan kata-kata Ustaz Hafiz semasa ceramah Kristal Rindu petang itu. beliau mengatakan al quran itu cahaya, maka bacalah al quran, moga-moga mudah hati kita menerima ilmu..orang yang meninggalkan bacaan al quran selama tiga hari berturut-turut, hatinya sukar menerima ilmu dan juga kebaikan..

insya Allah..akan ku ingat pesan itu......

Friday 4 March 2011

coret2 lepas pt.............

alhamdulillah petang tadi sudah selesai test untuk respiratory modul ni... banyak gak salah..redho jelaa... yang penting belajar daripada kesilapan. ada 2 modul lagi sebelum exam pro.. ya Allah, banyak lagi xcover, xtaw sempat ke tak.. study week 2 minggu jew.dahla exam pro cover modul last year punyer.. waaa.. tu xjadik doktor lagi, as a medical student pom rase otak ni dah saturated dah.. tapi, itulah pengorbanan namanya.. we have to serve people kindly with knowledge.. kalau xde ilmu macamane nak rawat org... tapi, kadang-kadang terfikir jugak.. layak ke aku nie jadik doktor? 5 bulan lagi dah masuk clinical year... perjalanan makin mencabar...

jika flashback balik masa-masa lalu, perjalanan nak jadik medical student tu cam ikut flow jew.. lepas abih spm, guna result trial untuk apply asasi sains then masuk premed..lepas  premed amik degree perubatan pulak... aku bersyukur sgt2.. with the help of Mara yg telah 'menyara' aku, dapatlah guna duit tu untuk sambung belajar.... perjalanan yang telah diatur Allah...alhamdulillah.

i wish i will study hard n smart of course, to succeed in my carier.. ''be a doctor is a noble job'' that is what Dr Zubin told us. we learnt human's body, how it works, and what it would be if there is something wrong with it..with that, i we will know better how wonderful human is..it is all about the power of God..besides, we also got to learn humanistic values.the most important things to be a good muslim doctor. insya Allah...

                      LIFE IS WONDERFUL. EVERYDAY IS THE PRECIOUS DAY TO ME.
                            THE DAY WHEN I GET CLOSER TO ALLAH.. SYUKRAN YA ALLAH....