Monday 27 June 2011

Ada 6 soalan....

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
3. Apa yang paling besar di dunia? 
4. Apa yang paling berat di dunia?
5. Apa yang paling ringan di dunia?
6. Apa yang paling tajam di dunia?

................JAWAPANNYA..........

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid muridnya. Lalu Imam Ghazali bertanya:

Soalan yang pertama,'' apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?''Murid muridnya menjawab ''orang tua, guru, dan sahabatnya.''. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Al Imran, ayat 185)

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..''Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?''. murid muridnya menjawab, '' negara China, bulan, matahari, bintang'' Lalu Imam al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun, kita tak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama. 

Lalu Imam al Ghazali meneruskan pertanyaan yang ketiga..'' Apa yang paling besar di dunia ini?''murid muridnya menjawab,'' gunung, bumi, matahari.'' semua jawapan itu benar kata Imam al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU ( al a'raf, ayat 179). Maka kita harus berhati hati dengan nafsu, jangan biarkan nafsu membawa kita sampai ke neraka.

Pertanyaan keempat, '' Apa yang paling berat di dunia ini?'' Ada yang menjawab besi dan gajah. Semua jawapan adalah benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( al ahzab, ayat 72). Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanah.

Pertanyaan kelima ialah '' Apa yang paling ringan di dunia ini?'' Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al Ghazali, tapi yang paling ringan ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. 

Dan pertanyaan terakhir ialah, '' Apakah yang paling tajam di dunia ini?''. Murid muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya

surah Al Imran, ayat 159


Wallau'alam..

Friday 24 June 2011

last last day dekat uitm

salam alaik........

Esok merupakan hari terakhir kami, budak2 medik tahun 2 akan menetap di uitm shah alam nie... sedih nak tinggalkan uitm yang penuh dengan kenangan. yang banyak mengajar pahit maung kehidupan.. yang telah menjadi saksi pertemuanku dengan sahabat sahabat...

tetapi setiap pertemuan itu akan diakhiri dengan perpisahan.. boleh jer nak datang lagi kat sini nanti...
dan malam ini adalah sesi punggah memunggah barang ke dalam lori...waaaa.....barang banyak wooo... sekarang  bilik penuh dengan kotak yang bertimbun2... tambah lagi, kami orang perempuan... dengan teddy bear nya, bermacam jenis bajunya..., hmmm, untuk kami yang tinggal jauh di pantai timur , memang kena packkan semua laa barang2 tuh....

dan pagi besok pula, kami akan bertolak ke kampus sungai buloh...punggah barang kat sana pulak... i can imagine how my muscle can be tomorrow....that's ok, dapat jugak exercise kuatkan otot otot kat badan nih...
 ( nak cover sebab dah lama tak jogging). bila semua selesai, kami akan terbang ke kampung halaman masing masing..tak sabar nya (jap lagi nak pi beli tiket.. :P)...

sepatutnya, kami start sem baru bulan september..tetapi disebabkan terdapat sedikit kesulitan ( ni assumption kitaorang and not the faculty), kami kena masuk awal ke clinical year...awal 2 bulan! terhapus sudah segala perancangan masa cuti... but, at the other side it is a good thing for the sake of uitm medical students...

benarlah dalam al Quran ada mengatakan :

    ''tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui''
surah al Baqarah ayat 216

kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita................

kami di uitm shah alam


be a good muslim doc ye kawan kawan:))

p/s: hidup perlukan teman......


Wednesday 22 June 2011

i am a factual person

rasa mahu coretkan lagi isi hati.......

fact.fact..fact.. i like fact! 
even my friends knew it
that is why they gave me something factual to present 
if it is not fact
is it compatible with me?

sebenarnya, esok ada presentation...and i am the one of the presenters...

sekarang masih lagi keliru
dengan perasaan yang terpendam
tak diluah pada sapa2
biar je kat dalam hati tu
duduk diam2 kat situ
terasa dengan kawan2 mungkin
entah......
sebab kita hanya hamba Allah

atau mungkin aku kecewa dengan diri sendiri
i feel bad of myself
from the way i think to the way i act
laju menutur kata kata
tanpa memikirkan kesannya
semua salah diri sendiri

atau mungkin jugak
sedih?
sedih dengan ucapan nista orang sekeliling
berkata tanpa alasan yang konkrit
dan diri ini hanya mampu tersenyum
mengiyakan barangkali....

hanya sekadar memikirkan
tanpa ada action
just wait and see

saat ini mindaku masih ternanti2 kabaran daripada adik lelakiku
entah bagaimana keadaannya
semoga Allah melindungimu, dik....

inilah aku
fullstop.





renung sejenak

bismillah.....

dan jika kami berikan kepadanya suatu rahmat dari kami setelah ditimpa kesusahan ,pastilah dia berkata. ''ini adalah hakku,dan aku tidak yakin hari kiamat itu akan terjadi. dan jika aku dikembalikan kepada tuhanku,sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisinya.'' Maka sungguh,akan kami beritahukan kepada orang-orang kafir tentang apa yang telah mereka kerjakan , dan sungguh akan kami timpakan mereka azab yang berat. Dan apabila kami berkan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri ( dengan sombong) ; tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa....

                                                                                                                               surah fussilat ayat 50-51

kerana manusia selalu alpa....
memanjat doa tatkala ujian menimpa....

p/s: ingatan buat diriku yang imannya masih terumbang ambing

Tuesday 21 June 2011

sempurnakah kamu??

salam...

''nobody is perfect''
kerap kali kita dengar ucapan ini....
tapi itu ditujukan perlakuan kita dengan manusia bukan?

cuba kita renungkan balik amalan2 kita dengan Tuhan...
perfect kah?

kusyukkah kita dalam solat?
sejauh mana al Quran itu kita hayati? hanya sekadar baca mungkin....
terjagakah aurat kita?
perlakuan, pergaulan kita menggambarkan kita adalah seorang muslim kah?
berapa kali sehari kita selawat pada Nabi atau hanya sambutan maulidur rasul saja?
ingatkah kita pada sang pencipta yang sentiasa memerhati setiap gerak geri
solat jemaah.... macam mana? hmm... boleh dikira dengan jari barangkali.....
solat sunat, puasa sunat.... banyakkah

sempurnakah amalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti???

persoalan itu ditujukan untuk diriku...
hamba yang sentiasa lalai...
tapi, jauh di sudut hati
aku ingin jadi insan terbaik....
kerana saat ini aku masih belum sempurna....

p/s: sentiasalah berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan



lekanya aku

bismillahirrahmanirrahim....

susah nak mulakan tulisan. tak tahu nak tulis apa.kejap2 delete balik... nak coretkan rahsia di hati tapi entahlaa.. yang hanya kutahui sekarang, hatiku tidak tenang.. tak tahu kenapa, dan kiranya masih menunggu jawapan atas setiap persoalan yang belum terungkai barangkali..perasaan kacau sejak beberapa waktu yang lalu..(sigh)...

kenapa mengeluh?????
penat...letih..sedih..kecewa....
yang mana satu??
semua ker??

beberapa minggu lagi, aku akan memasuki clinical year,, tahun 3 yang pastinya mencabar....
teori yg kupelajari sejak dua tahun lalu entah masih lekat ke tidak dalam otakku nie....
sekarang, masih belum insaf.... leka memanjang... dengan facebooknya, movie korea ( ade agi yg tak tengok tuh), fikir masa depan yang belum pasti laa, berangan laa... semua tak ade faedahnya...

tapi, rasa tenang tu hadir saat berdirinya atas sejadah... tenang sangat....
mengalunkan kalam suci, saat berbicara denganNya....

bukannya tak ingat pesan sahabat2..
''jika Allah campakkan hidayah dalam hatimu, jangan biarkan ia berlalu pergi''
aku ingat...
wahai diri, susahkah mahu berubah????

semoga Allah sentiasa memberi sinar padamu..  ameen....

Friday 17 June 2011

ukhwah selamanya....

sahabat, teman, kawan, .........

what a friend means to you???
for me, they're really precious
but, i don't know how to show 
that i care to them
from what i know
i want to share my happiness 
even my sadness to them
hope that they can lend their ears
give a piece of advise

ku bersyukur atas pertemuan ini
pertemuan yang mengeratkan ukhwah
susah senang sama dihadapi
saling membantu mencapai kejayaan
di dunia dan juga akhirat
saling menasihati 
agar diri dapat menjadi insan berguna
tetapi, setiap pertemuan ada perpisahan
itulah adat hidup di dunia ini
jika diniatkan kerana Allah
insya Allah persahabatan kita akan diredhai
wahai teman temanku sekalian
i love you all......:)))





''FANTASYZ FOREVER''

my cute frens...:)))))



Tuesday 14 June 2011

aku ingin mencintaiMu

tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kauberi 
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
entah mungkin kerna ku terlena
sementara Engkau beriku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakan Mu
betapa tak ada apa apanya ku dihadapanMu
aku ingin mencintaiMu
setulusnya sebenar benar aku cinta
dalam doa dalam ucapan
dalam setiap langkah ku
aku ingin mendekatiMu
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu
denganMu ya Rabbi

http://youtu.be/kuqwpEqIf5I



Monday 13 June 2011

...11 days in London...

lame dah xjenguk blog nie....

my experience in London from 23rd May to 3 June 2011. satu pengalaman yg amat menyeronokkan. bukan senang nak pi sana. kalau duit sendiri takkan sampainyer kat london tuh. thanks to my faculty for choosing us to do our elective kat sana. kalau boleh nak pi lagiiiiii.....^_^

day 1
my group consists of 5 people.. 4 girls 1 boy... sian, sorang je laki.... ade yg mak ayah hantar kat airport KLIA tu. aku pulak, abg yg hantar...xpelah, parents nak datang jauh...flight hari tuh kul 11, tapi kena datang 2 jam awal.. nak check in lagi...hari tu, my fren guna online jer tuk dapatkan boarding pas... i just follow...

family abangku
                                                   
lepas check in, terus naik aerotrain ke balai pelepasan. besar gak KLIA nie.. tak pernah kutahu sebelum ini.. maklumla..first time naik flight... huhu..
dalam flight MAS MH04, kitaorang duk bahagian tengah..tak dapat la tengok awan2 yg cantik kat luar nuh.. and i was in the middle within a row of four.. beside me, our group leader...waaaaaa... dalam hati camne nak tido nie kalau ade boy kat sebelah?????
naik MAS memang selesa...ada entertainment, memang tak boring laa.. makanan dye pom best, tapi banyak sangat.. econ dye pulak terlebih sejuk even pillow and blanket are provided.. masa tu flight terbang ke barat.. so, sepanjang perjalanan hingga sampai ke Heathrow, hari siang jew.. xngantuk sangat.
13 hours then........sampaila kat Heathrow Airport.. Kami dijemput oleh Mr...... xingat name laaa.... kami dibawa ke Mara House kat Paddington, dalam 25 minit gitula... sampai kul 5 petang, kat malaysia kul 12 malam laa....

                                          ni kat depan Mara House, sussex garden, paddington

tinggal kat sini ok laa.. bayaran berpatutan, kat basement ade restoren Bonda Cafe ( melayu punyer),.. jarak ke st mary's hospital pom dekat, dalam 10 min jalan kaki... on the way tuh ada underground, so, senang la kalau nak naik tube...syukur sangat dapat tinggal di Mara House ( recommended by our lecturer act...).. hari first tu,lepas siap punggah barang kat bilik, kitaorang pegi beli sim card Lebara dekat kedai runcit depan tu jer... 10 pound jer... senang sket..

day 2 to 5
to make story short, hari kedua sampai kelima tuh, kami ke hospital jer,, pepom, kena siapkan dulu our main objective there. dekat MR Therapy Centre, dapat jumpe dengan supervisors kitaorang dr john dan dr stephen quinn.. really 'kacak' and kind doctors.... huhu.. semua medical staff kat situ amat mengalu alukan kedatangan kitaorang... kuranglah segan sket... doc kat sana really walked very fast.. first2 day pom da kena tegur.." you guys a bit slow''...... nak wat camne. diorang kan tinggi2.. so, langkah pom besar2..( logic reason)
hari kedua la dapat tengok treatment.. non invasive treatment of uterine fibroid using mrgfus... that's our topic..   kitaorang duk jer tgok doc2 wat keje.. lama taw.. 3 to 4 hours.. feel sleepy pom ader.... ntah camne patient kat atas MRI bed tuh, mesti letih....our supervisors gave us every info we need... and thanks God.. diorang pom percaya kat kami lima orang nie, masukkan data patient.. and we've done very well, i think.....last day tuh, dapat involve ngan student medic 5th year dalam lecture hall.... only 3 of them, and the lecture was about endometriosis and uterine fibroid... they're really cool.......pastu, tibalah time kitaorang kena present apa yang kami dapat sepanjang seminggu tuh kat dr stephen.... cuak rasa tapi alhamdulillah everything goes well....

   st mary's hospital,praed street

day7 to 11..
time nie memang best..last day kat hospital tuh. balik jer terus beli oyster ticket kat underground tuh... beli untuk seminggu ( 32 pound) then bley la pegi mana2 either naik tube ( macam LRT la) ataupom bas...hari sabtu tu, kitaorang pegi portobello market..just hari sabtu jer... penuh ngan manusia yang bermacam bahasa, ragam ngan rupa....sempat gak aku beli kasut satu.... xtahan kaki ni sakit sungguh.. dah la main transport is our leg....huhu..macam2 ade kat sana.. dari pakaian, makanan, souvernir..murah2 laaa...

 portobello market

kami sempat pegi Oxford Street petang tuh.... silap naik bas la pulak.... tapi, syukur coz the driver is muslim too.. if not, maybe we'll be kicked out from the bus...kat sana, kalau nak shopping, make sure bawak duit banyak2 laa...barang2 mahal and branded too... cuci mata jew... student cam kitaorang nie tak afford nak beli barang2 kat sana...kedai macam Zara, Topshop, Mark n Spencer, Primark etc penuh ngan orang.. tapi, Primark is the most 'laku' one..

                                                                      kat Oxford Street

antara tempat2 yang kitaorang sempat pergi macam Hyde Park, Reagent Park, London Eye, River Thames, Burkingham palace, Natural History museum, Science museum....

before pergi tuh, sempat dulu kitaorang check internet... more important on how to get there and payment of coz..

nie die muka2 kiut kawan2 saye..... kat belakang tuh Big Ben and House of Parliament



tengok changing guard dekat buckingham palace.. acara nie start kul 11.30 pagi... 

nie dekat trafalqar square, depan tuh ad national museum for those who likes drawings

time nie ade final Wembley kat Hyde Park.. even xsuke bola, but i like having a picture with football... and i also brought it for my beloved little brothers

borong coklat kat ALDI... so cheap, paling murah yg sempat dibeli dalam 30 pence jer...

verrrrry beautiful....taman ros kat reagent park... subhanallah..


one of the experience yg xleh nak lupe masa me and one of my fren sesat masa balik dari royal albert hall... time tuh, kitaorang decide nak pecah, 3 orang pi oxford street..kami 2 orang nie pegi la hyde park once again... jalan punyer jalan sampai la kat albert hall tuu..nak balik silap naik bas laa pulak... bas tu drop us kt Hammersmith...waaa,.kat ne nie..pegi undergound, tube pom dah stop... camne nak balik?????????? 
dengan tawakkal nye kepada Allah, zikir yg xputus2 dalam hati dengan harapan akan sampai ke Mara House sebelum gelap...akhirnya, ade gak tube yg pegi ke Paddington...legaaaaa...

setiap bus stop ade map nie... so, choose the right bus....

ape yg kite kena taw kat tempat2 orang nie???

waktu solat ...penting tuh...time summer, siang panjang sangat... so, terpaksa stay after isyak (11.15 mlm) untuk solat subuh ( 2.32 pagi)...
kat london..transport senang...naik jer tube,.peta tube mesti bawak ler...bas pom bleyh...
kalau sesat...ringankan mulut untuk bertanya..jgn jadik cam kitaorang..huhu


sekian untuk kali ini..... bersyukur diberi peluang untuk melihat negara orang..:)))