Tuesday 1 October 2013

rindu bulatan gembira

bismillah....

currently at teluk intan for 1 week surgery posting... and today is first October, meaning that there is still 195 days left for our pro exam... waaaa..... why time flies soooo fast... jangan duk bilang hari jer... study must go on.. keep yourself improved and be ready... the most important is doa.. insyaAllah..

sebenarnya.. da lama tak berbulatan gembira... i mean usrah.. dulu masa year 4 ad akak2 senior yg handle usrah nie.. tapi sekarang kumpulan usrah da kena rombak.. kawan kawan yg satu usrah dulu dapat naqibah yg stay dekat kolej, so almost every week diorang akan berjumpa... jeles3x... jomla kak naqibah kita jumpe...

first time kenal usrah nie masa preclinical year lagi..masa tu kadang2 pi surau..pastu ada join diorang berbulatan gembira.. hmm,, best2.. majority yg join tu geng geng tudung labuh sumenya... malu giler masa tu. but, they are not judgemental, though. aku ingat lagi dulu after maghrib, ade buat taklim dan kami berbulatan gembira bersama sama.. then, we share our problems to each other.. at that moment, entah kenapa aku sedih sangat masa bercerita pasal family kat diorang... sampai menangis2.. tapi, diorang so supportive.. sampai hari nie some of them still concern about my family prob, thanks ya..

napa aku suka sangat dengan bulatan gembira nie???? sebabbbbb:

- ada orang yang akan selalu mengingatkan kita supaya jangan duk lalai sangat urusan dunia ni
- walau sibuk mana belajar, cari ilmu nak jadi doktor, tapi ilmu agama penting tu weii
- dalam usrah, dapat bertadabbur al quran.. nie kalau baca quran bukan paham sangat pom.. kalau bertadabbur bersama sama, barula paham kenapa Allah turunkan setiap surah dalam al quran kan
- bukan setakat tadabbur jer, tapi ada jugak slot utk sirah, tajwid, akhlak, ibadat, dan free session  untuk bersoal jawab...
- lepas join usrah baru taw pasal ikhtilat, aurat... dan sekarang pom masih berusaha untuk beristiqamah walaupom kadang2 'tergelincir' jugak
- akak2 naqibah yang bawak usrah tu ilmu diorang tu memang aku kagum.. seseorang daie itu harus mempunyai ilmu sebelum berdakwah kepada mad'u nya.. betol dop... bilalaa nak jadi macam diorang...
- dan banyak lagi sebenarnya... sebab usrah itu bertujuan untuk membawa kite lebih mengenal Allah, apa tanggungjawab kita kepada pencipta kita...


semoga Allah memimpin kita semua tetap pada jalan yang lurus... ya Allah, jika aku silap memilih jalan, atau jika aku buat dosa, sedarlah aku, ya Allah...

p/s: rindu bulatan gembira..:'(


Tuesday 20 August 2013

dugaan--- konflik


masalah dalam family datang lagi...
tak pernah nak berhenti....
malu dah rasanya nak cerita and share masalah ngan kawan...
sebab family diorang happy jer...
i am so sorry because i always burden you with my family problem

sedih? memang sedih...
ada ke orang lain yang ada problem macam nie?
kenapa jadi begini?
bila nak rasa aman sikit?
kenapa Allah bagi ujian seberat ini pada kami?
nie lah soalan soalan yang kerap bermain dalam kepala....

tak baik mempersoalkan takdir Allah...
aku taw..tapi kekadang terpikir jugak....

tapi ramai orang kata aku 'cool' jer... mcm xde masalah pom...
tapi itu luaran je kan... dalam hati hanya Allah yang tahu...
setiap dugaan yang Allah bagi tu tandanya Allah masih ingat kat kita...
Dia nak tengok sejauh mana kita bersabar dengan ujianNya....

sekarang da final year...
nak study elok elok... tahun depan dah exam pro.... next week ada end of posting exam....
tapi, kaalu hari hari duk fikir tentang masalah nie, boleh ke brain nak cope?

sabarlah wahai hati..... ada lagi orang yg terima ujian yang lebih berat, contoh macam kat mesir sekarang nie haa...tapi mereka redha jer kan... sebab kita semua nie hamba Allah... memang kena diuji pom...


Sunday 7 July 2013

let's move on

bismillah.....


alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi sebab dapat result yang ok masa exam end of semester last week.. dapat masuk final year..and everything will start tomorrow.. i'm gonna start with paediatric rotation followed by surgery, medicine, psychiatry and o&g... kena mula dengan posting yg tak berapa minat sangat....aishhh..

da masuk rotation baru kena laa bukak and carik balik segala nota2 masa year 3 dulu.. experience during year 3 paed dulu memang takleh lupaaaaa.... and i think it will repeat again.. aishhh.. but, ada sedikit improvement la kot compare dengan 3rd year dulu..hehe..kan da besar..:)

niat belajar kerana Allah.. walau sesusah mana pom halangannya, dugaannya, betapa garang lecturernya.. yang penting kita kena tahu Allah yang maha berkuasa atas segala galanya... Dialah yang lembut dan berkuasa melembutkan hati hati hambaNya.. Dialah yang memudahkan segala urusan hamba hamba yang tak jemu jemu meminta kepadaNya.. :)


14/4/2014-------> PROFESSIONAL EXAM------------> tarikh keramat.... lets move on to that date with mentally, physically, and spiritually prepared....


Ya Allah..please ease and guide me together with my beloved friends along our path to be a good muslim doctor...amin...

Saturday 29 June 2013

tautan hati

bismillah...

---kerana hati ini amat rindu pada tarbiyyah--

petikan daripada novel Tautan Hati hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha yang berjaya membuat hati ini tertusuk..bait kata kata daripada akhowat thanawi yang membawa imej Islam sebenar :

'' Bismillahirrohmanirrahim. Saya lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca, berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah, tidak tertutup. Err, saya nak tanya pelajar lelaki, kalau antum nak beli jam, jam mana yang antum akan pilih?'' suara lantang Asiah Yusra membuktikan kekentalannya, seorang mujahidah.

'' Err, jam yang tak ditutup tu, saya tak berkenan. Tentu banyak debu yang melekat. Lagipun, saya tak suka jam yang dibelek belek orang, hilang serinya. Saya juga tak suka jam yang menjadi tontonan orang, hilang keunikannya. Harganya pun murah, tak ada class. Taknak lah saya. Of coursela saya pilih jam yang tertutup dengan kain baldu. Walaupun saya boleh agak harganya mahal tapi saya tak kisah. Bagi saya, biar alah membeli asalkan menang memakai . Yang mahal ni selalunya berkualiti, ditutup, dibungkus, dijaga rapi bukan  hanya dilambak dalam rak di pasaran.'' jawab Fatah, pelajar aliran Sains.

'' Alhamdulillah... itulah mesej yang saya cuba sampaikan. Jawapan anta adalah jawapan saya untuk penampilan saya ini. Saya berusaha memilih pakaian yang menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan saya. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi,'' jelas Asiah Yusra.

                                                   .....................................................

'' Saya pilih pokok kelapa.'' Kak Na mengangkat lukisannya. Kelihatan terlukis sebatang pokok kelapa dan beberapa biji buahnya gugur ke tanah.

'' Saya ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Batangnya boleh dijadikan jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberi kelzatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan. Santannya pelengkap masakan. Tempurungnya menemani keriangan kanak kanak bermain tapak gajah. Selain itu, pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat saya. Apabila saya melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf.''

'' Pokok kelapa boleh bagi tazkirah?'' celah Zaid.

'' Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal itu mengingatkan saya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan kita. Bila bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda Allah berhak menjemput kita. Saya sangat takut jika Allah memanggil saya dalam keadaan masih banyak dosa yang belum dikikis. Pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Saya juga perlu membuang faktor faktor yang boleh menyebabkan hati saya mati dalam diri ini. Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, saya rasa tiada masa nak banyak ketawa. Saya takut ketika Allah menarik nyawa, saya tiada masa untuk mengucap dan mengingatiNya. Saya sedar kalau banyak ketawa hati mudah lalai dan alpa.'' jelas Kak Na.

                                          .............................................................

Tiba giliran Elya Khadeeja menunjukkan lukisannya. '' Pohon semalu. Pantang disentuh,  menunduk sopan. Tapi durinya tetap tajam berceracakan.''  

'' Tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah nak main bola. Biasanya ia tumbuh di atas padang.'' Zaid cuba mengenakan.

'' Cuba kita bawa minda kita sejenak ke padang bola. Susah nak nampak pohon semalu kat situ, kan? Pohon semalu kan pemalu, ia tak akan hidup di tempat yang banyak lelaki. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang jarang dipijak untuk hidup subur. Takkan menyusahkan orang, Insya Allah,'' Elya tersenyum dengan keterangannya.

'' Ada satu lagi soalan untuk Elya. Kenapa pohon semalu selalu dibuang orang? Contohnya di taman mak saya. Bila dia nampak ada pohon semalu tumbuh, cepat cepat dibersihkan daripada taman tu,''giliran Ibrahim mengenakan Elya.

'' Apa nak hairan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Lihat Rasulullah s.a.w, kerana Islam, baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai ada seorang manusia membuang baginda, berpuluh puluh yang lain menyayanginya. Kenapa? Kerana  baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya.''

'' Pohon semalu memang pemalu! Sifat pemalu lambang kemuliaan dan keindahan wanita bermaruah. Hakikatnya malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?''

'' Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa.. Duri itu adalah simbolik kepada perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.''

'' Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin mengisi alam dengan haruman bunga bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun daun di tepinya tertutup malu. Tindak balas daun daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan Rasul Nya.'' terang Elya Khadeeja.

                                            .........................................................


Subhanallah,. terlalu indah bidalan yang diketengahkan. Mampukah diri ini menjadi wanita sesolehah akhowat di Taman Islam itu?    

Friday 28 June 2013

gonna be a final year....

bismillah....

yesterday we have finished end of semester exam for year 4.... and in 2 weeks time, we are officially become final year medical student. time flies very very fast... rasa baru semalam je masuk medic..hehe.. tapi ilmu masih banyak tak cukup.. kalau lecturer tanya soalan preclinical mulalaa ternganga nak jawab... it is important to relate what we are learning now with preclinical knowledge.. it is basic of medicine..

i hope for the good result for my last exam ( primary care, orthopedic and surgery posting) eventhough the questions were pretty hard.. we have no study week.. we revised in the middle of learning other posting. and we only got one week holiday before entering year 5. so sad :(.... after holiday, i think i should gear up everything..  i need to study hard because i want to pass the exam.. i want to be a doctor together with my other friends.. If Allah will, i do not want to be a repeater...

throughout this year, i got to learn many things.. not only medical but people's matter too... hehe.. i mean other people's feeling lol... they taught me a lot.. friends, anger, sadness, love, appreciation and many more.. each of them are different.. they are all my beloved friends eventhough i did not know how to express my feeling.

hope to see you again in final year... GAMBATTE!!!!

                            awesome posting mates... one is missing cuz he is our photographer   :)



p/s : belajar kerana Allah ya..
 


Monday 11 March 2013

till we meet again, ortho....

bismillah......

tak sangka dah abis posting ortho for 2 months, sekejap sangat rasenyer... ortho saaaaangat best!!! and of course the lectures too...hehe..awesome.... i used this 2 months time given to study what i suppose to study in ortho because we didn't have this rotation anymore in final year, unless we're lucky then,. jumpe nanti pro exam.....masa mula2 start posting dulu susahnya nak wat examination tentang knee, hip, spine, peripheral nerve and so on... but, everything went well sebab ramai kawan kawan yg bantu, we learnt together..

these cute gurls are my ortho groupmates...they are daebakk!!! hehe
harap harap result exam short case dan OSCE hari tu ok... need to improve and practice more because practice  make perfect.... Allah lihat pada usaha kita.. setiap keputusanNya kita harus terima walaupun kita rasa kita dah buat yang terbaik, tapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita...

right now, i'm starting primary care medicine (PCM) posting for 2 months also whereby we'll be posted in health clinics, being involved in community for sure.. ingat pesan Dr Ng tadi, belajar bukan setakat untuk lulus exam but it is a matter on how you apply the knowledge.. 

p/s: Niat belajar kerana Allah........



Friday 18 January 2013

Spoiler

I'm so sorry, guys... Today I spoiled your mood.. Is it how to be talkative just to become havoc like that? I'm still wondering.. I am not used to that. Let me be myself, ok? I can't be so happy and excited like you all as if there is nothing happened at home right now..

Sunday 6 January 2013

entry tahun baru

bismillah......

alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dan bertemu dengan tahun 2013... ikut tahun dah masuk 23, tapi still 3 bulan lagi...:))

2012 dah ditinggalkan..dan apa2 yang telah berlaku, biarkan ia berlalu... apa yang penting kita kena ambil pengajaran, not repeat the same mistake...ingat tu mieza... don't repeat the same mistake..again..

and now,, still left 3 postings more before i'm going to be a final year medical student... takotttt... orang laen da grad pom... tapi takpelaa.. esok dah start posting baru...orthopedic... and i'll going to learn about bones then... mana taw,,interested nak jadik orthopedic surgeon ke suatu hari nanti...huhu..

masa posting kecemasan dulu, da belajar banyak benda.. walaupom hanya 3 minggu.. but, i learnt to do CPR on the real patients.. masa tu, memang tak ada kekuatan dan keyakinan  langsung nak buat, sungguh... hanya tercegat kat hujung katil tengok patient yang tengah nazak,.. kawan2 beratur nak buat CPR... i felt so nervous..and i'm only thinking, can I do it? kalau patient tu mati macam mane? astaghfirullah... hanya doa je yang mampu aku panjatkan... mana boleh macam nie.. kamu kan nak jadi doktor nanti..do you dare to do nothing in front of dying patient? nanti kat akhirat kena jawab kat Allah tentang amanah ini... ajal maut itu di tangan Dia.. kita hanya membantu... then..aku gagahkan hati buat CPR.. masa tengah buat chest compression tu aku minta Allah selamatkan uncle tu...mintak supaya dia sedar balik... tak boleh nak bayang kalau mak ayah berada kat tempat uncle tu...isk..isk..isk..

kami takde cuti semester macam course2 laen... cuti semester kami hanya hujung minggu after exam tu jer... cakap pasal exam, berharap sangat moga lulus semua posting yang da lepas., kalau boleh tak nak repeat.. mana ada student suka repeat kan...usaha, tawakkal doa...


tahun baru, semester baru, azam baru....azam baru?

- nak jadi anak solehah... sebab tak cukup solehah lagi sekarang...
- nak belajar sungguh-sungguh....niat kerana Allah SWT
- istiqamah dah mujahadah..cuba yer mieza..
- tak nak fikir bukan bukan dah....
- dan laen2..hanya Allah yang tahu..



wasalam..:))))