Saturday 29 June 2013

tautan hati

bismillah...

---kerana hati ini amat rindu pada tarbiyyah--

petikan daripada novel Tautan Hati hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha yang berjaya membuat hati ini tertusuk..bait kata kata daripada akhowat thanawi yang membawa imej Islam sebenar :

'' Bismillahirrohmanirrahim. Saya lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca, berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah, tidak tertutup. Err, saya nak tanya pelajar lelaki, kalau antum nak beli jam, jam mana yang antum akan pilih?'' suara lantang Asiah Yusra membuktikan kekentalannya, seorang mujahidah.

'' Err, jam yang tak ditutup tu, saya tak berkenan. Tentu banyak debu yang melekat. Lagipun, saya tak suka jam yang dibelek belek orang, hilang serinya. Saya juga tak suka jam yang menjadi tontonan orang, hilang keunikannya. Harganya pun murah, tak ada class. Taknak lah saya. Of coursela saya pilih jam yang tertutup dengan kain baldu. Walaupun saya boleh agak harganya mahal tapi saya tak kisah. Bagi saya, biar alah membeli asalkan menang memakai . Yang mahal ni selalunya berkualiti, ditutup, dibungkus, dijaga rapi bukan  hanya dilambak dalam rak di pasaran.'' jawab Fatah, pelajar aliran Sains.

'' Alhamdulillah... itulah mesej yang saya cuba sampaikan. Jawapan anta adalah jawapan saya untuk penampilan saya ini. Saya berusaha memilih pakaian yang menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan saya. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi,'' jelas Asiah Yusra.

                                                   .....................................................

'' Saya pilih pokok kelapa.'' Kak Na mengangkat lukisannya. Kelihatan terlukis sebatang pokok kelapa dan beberapa biji buahnya gugur ke tanah.

'' Saya ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Batangnya boleh dijadikan jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberi kelzatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan. Santannya pelengkap masakan. Tempurungnya menemani keriangan kanak kanak bermain tapak gajah. Selain itu, pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat saya. Apabila saya melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf.''

'' Pokok kelapa boleh bagi tazkirah?'' celah Zaid.

'' Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal itu mengingatkan saya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan kita. Bila bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda Allah berhak menjemput kita. Saya sangat takut jika Allah memanggil saya dalam keadaan masih banyak dosa yang belum dikikis. Pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Saya juga perlu membuang faktor faktor yang boleh menyebabkan hati saya mati dalam diri ini. Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, saya rasa tiada masa nak banyak ketawa. Saya takut ketika Allah menarik nyawa, saya tiada masa untuk mengucap dan mengingatiNya. Saya sedar kalau banyak ketawa hati mudah lalai dan alpa.'' jelas Kak Na.

                                          .............................................................

Tiba giliran Elya Khadeeja menunjukkan lukisannya. '' Pohon semalu. Pantang disentuh,  menunduk sopan. Tapi durinya tetap tajam berceracakan.''  

'' Tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah nak main bola. Biasanya ia tumbuh di atas padang.'' Zaid cuba mengenakan.

'' Cuba kita bawa minda kita sejenak ke padang bola. Susah nak nampak pohon semalu kat situ, kan? Pohon semalu kan pemalu, ia tak akan hidup di tempat yang banyak lelaki. Ia akan cari pinggir yang tersembunyi dan jarang jarang dipijak untuk hidup subur. Takkan menyusahkan orang, Insya Allah,'' Elya tersenyum dengan keterangannya.

'' Ada satu lagi soalan untuk Elya. Kenapa pohon semalu selalu dibuang orang? Contohnya di taman mak saya. Bila dia nampak ada pohon semalu tumbuh, cepat cepat dibersihkan daripada taman tu,''giliran Ibrahim mengenakan Elya.

'' Apa nak hairan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Lihat Rasulullah s.a.w, kerana Islam, baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai ada seorang manusia membuang baginda, berpuluh puluh yang lain menyayanginya. Kenapa? Kerana  baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya.''

'' Pohon semalu memang pemalu! Sifat pemalu lambang kemuliaan dan keindahan wanita bermaruah. Hakikatnya malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Bukankah Rasulullah pemalu orangnya?''

'' Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa.. Duri itu adalah simbolik kepada perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.''

'' Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin mengisi alam dengan haruman bunga bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu, dedaun yang menghijau pada pohon semalu erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun daun di tepinya tertutup malu. Tindak balas daun daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan Rasul Nya.'' terang Elya Khadeeja.

                                            .........................................................


Subhanallah,. terlalu indah bidalan yang diketengahkan. Mampukah diri ini menjadi wanita sesolehah akhowat di Taman Islam itu?    

Friday 28 June 2013

gonna be a final year....

bismillah....

yesterday we have finished end of semester exam for year 4.... and in 2 weeks time, we are officially become final year medical student. time flies very very fast... rasa baru semalam je masuk medic..hehe.. tapi ilmu masih banyak tak cukup.. kalau lecturer tanya soalan preclinical mulalaa ternganga nak jawab... it is important to relate what we are learning now with preclinical knowledge.. it is basic of medicine..

i hope for the good result for my last exam ( primary care, orthopedic and surgery posting) eventhough the questions were pretty hard.. we have no study week.. we revised in the middle of learning other posting. and we only got one week holiday before entering year 5. so sad :(.... after holiday, i think i should gear up everything..  i need to study hard because i want to pass the exam.. i want to be a doctor together with my other friends.. If Allah will, i do not want to be a repeater...

throughout this year, i got to learn many things.. not only medical but people's matter too... hehe.. i mean other people's feeling lol... they taught me a lot.. friends, anger, sadness, love, appreciation and many more.. each of them are different.. they are all my beloved friends eventhough i did not know how to express my feeling.

hope to see you again in final year... GAMBATTE!!!!

                            awesome posting mates... one is missing cuz he is our photographer   :)



p/s : belajar kerana Allah ya..