Saturday 21 April 2012

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

By: Islam Iman Ihsan








teringat sama ibuuu.....

actually, sekarang tengah posting O&G... best dapat tengok ibu bersalin, first time tengok tu memang rasa takot laa.. beginikah ibuku masa nak lahirkan aku dulu?? dah la aku macrosomic punyer baby.. 4 kilo taw.. kalau now nie tentu dah kena Caesarean Section dah..  ada yg senang tu, senang sangat nak bersalin,, tak perlu nak teran lama2..tup tup, baby dah keluar,, tapi, if yg susah tuh, sampai merah2 muka mak die teran, tak mo jugak keluar, last2 kena pakai forcep ke vacuum ker.. abih kepala adik2 yg comel tuh..tapi xpe, nanti jadik ok balik..:))

when you first see fetal head came out from mother's vagina ( in medical term, kite panggil 'crowning'), of course kite nak cepat2 adik tu keluar... '' come out faster, dik.. ur mom's in pain right now''....  after crowning, badan die akan otomatik ikut sekali pusing.. this is the phase we called as restitution... then delivery or shoulder and the rest of body...betapa Allah itu maha Berkuasa atas hamba hambaNya... maka keluarlah baby yg secara normalnya, muka die menghadap kat bawah laa.. before crowning tu, baby akan pusing2 dulu masa kat dalam pelvis ibu die... sebab, nak bagi adjust diameter kepala dengan diameter ibu punyer pelvis... nanti tersekat pulak kan... 90% of delivery is done by the baby itself,, doctors and nurse only assist and shouting jer, hehe...

lepas je baby keluar, first thing of coz kena clamp pusat die dulu, then letakkan atas perut maknyer.. skin to skin contact is very important... wahhh.. terharu rase.. hepy jer tengok.. rasa sakit tadi pasti hilang pas tengok anak keluar ngan selamat.. everything can happen kan?? orang kata, macam nyawa dihujung tanduk, my mom pom kata camtu.. tu baru sorang, kalau 9 orang sibling like me camne erk..  

to those outside there and even to me, if you know how difficult your mom want to deliver you, for sure you'll never try to raise ur voice to them..  Love them.. coz our mom is only one.. she is our 'malaikat' in this world...


........... tengok orang bersalin, rasa macammmmm.....hmmmm.. nak jadik mak jugak!!!...huhuhu....
and i start to fall in love in this posting though..:)))))